Thursday, January 1, 2009

Komentar 2008;Moderator: Sapixx Z. Panel:1)aisamuddin 2) farid z. 3) azrizad



Di kala pengakhiran hari pertama tahun baru 2009, perbualan rancak kami tiba-tiba berkembang menjadi satu forum berkisarkan tentang topik hangat yang berlaku di sepanjang 2008. Perbincangan yang terdetik dengan soalan, "Siapa orang Pakatan Rakyat yang boleh kita 'respect'?" dijawab secara serta-merta oleh saudara sapixx Z (www.sangkunang.blogspot.com),"Zulkifli Nordin!" Di iyakan oleh saya, kami bersependapat yang Zulkifli Nordinlah satu-satunya pejuang agama yang sebenar-benar menegakkan syiar Islam dalam Pakatan Rakyat. Pertuturan, " I may not be the best Muslim but I'll do my best for Islam," adalah simbolik dan petunjuk paling jelas yang konsep perjuangannya berpegang kepada Islam. Namun, saya menambah yang keadaannya dalam PKR akadalh seperti org yang meniti titian siratulmustaqim,bagaikan terumbang-ambing kerana pada hemat kami, jika berlaku transformasi barisan perwakilan Pakatan Rakyat, dia di antara individu yang awal disingkirkan kerana kecenderunganya kepada Islam(kami sokong kamu Zulkifli Nordin!). Tegas dalam kata-kata dan diterbitkan kepada tindakan, sememangnya dia adalah pilihan wajar kami sebagai seorang yang patut dihormati.


Secara
berselorohnya, saudara sapixx tiba-tiba dengan gaya moderator bertanyakan tentang kerelevanan PAS dalam perjuangannya demi Islam kepada saudara Azrizad. Dengan spontan, Azrizad menjawab, "Pas sudah tidak punya perjuangan sejak mereka berpadu kekuatan dengan PKR dan DAP. Saya mengiyakan sambil memperkatakan yang saya dari dulu lagi tidak nampak kerelevenan PAS dengan cita-cita negera Islam mereka kerana secara statistiknya, mereka tidak pernah meletakkan calon yang bertanding di kerusi parlimen yang cukup untuk mendapat majoriti di parlimen (dan yang menang pula lagi kurang dari itu). Jadi, pada dasarnya, mana mungkin PAS mampu mencapai cita-cita mereka!! Memang perjuangan Parti Islam SeMalaysia ada benar disisi agama, namun tindakan mereka,yang sebenar-benarnya dari dulu lagi, tidak pernah menjurus ke arah itu. Memang Islam itu nombor satu, tapi negara ini punya perlembagaan yang digembleng oleh mereka yang kurang 'bargaining chip' pada satu ketika dahulu. Jika mereka ingin mengubah perlembagaan negara kepada Islam, mereka secara taktikalnya mesti menguasai perlembagaan negara dahulu. Kita tidak seharusnya menjadikan peraturan dan perlembagaan itu sebagai satu halangan, tetapi sepatutnya ia dijadikan alat bantuan untuk kita mencapai cita-cita. Dengan tidakan persekongkolan dengan dua parti sosialis, mereka semakin jauh dari garapan visi dan misi mereka. Maka tidak salahlah jika saya katakan orang yang memangkah PAS ketika pilihanraya berada dalam situasi minda yang salah jika mereka beranggapan yang PAS kukuh memperjuangkan Islam. Ya pemimpin-pemimpin mereka punyai Ilmu yang tinggi mengenai Islam dan hebat dalam mengamalkannya. Tapi mereka gagal dalam meletakkan konteks terkini dalam pengamalan Islam.


Kemudian
Sapixx bertanya lagi, kes video Linggam. Saya kata, ada tangan yang memilihnya desebalik tabir dan ianya sama dengan konsep Suruhanjaya Perlantikan Hakim yang bezanya cuma di sebalik tabir dan di hadapan tabir. Saya ulas penerangan saya dengan mengatakan yang kita ini masyarakat yang kecoh dan langsung tidak berfikir di luar kotak. Kononnya amalkan demokrasi tetapi pada dasarnya tidak mengetahui konsep sebenar demokrasi. Bagi saya, tidak salah dalam memilih orang-orang tertentu dalam memegang jawatan-jawatan tertentu. Ini adalah kerana, seorang pemimpin sepatutnya punyai hak dalam memilih orang-orang tertentu dalam kerajaannya. Ini adalah kerana, dalam tempoh 5 tahun, seorang pemimpin hendaklah mencapai misinya dan pemilihan ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam mempermudahkan perjalanannya selama lima tahun itu. Kita katakan ianya tidak demokrasi. Lihatlah pencipta konsep demokrasi itu sendiri, Amerika yang presidennya bebas memilih orang-orang kanannya. Mungkin ada akan berkata, mengapa ambil contoh Amerika? Jawapan saya senang sahaja, mereka antara pelopor sistem demokrasi dan mereka antara yang paling lama mengamalkannya, jadi tidak salah jika saya katakan yang mereka sudahpn hampir 'menyempurnakan konsep' itu. Ya, saya tidak sangkal yang setiap tindakan tidak boleh lari dari wujudnya keburukan, tetapi mengapa harus kita lihat kepada keburukan? Bukannya kita tidak boleh gunakan ini sebagai alat untuk menaikkan Islam. Yang penting kita fikir dan bertindak.


Di akhir
perbincangan, kami memutuskan yang memang,PKR dan Pakatan Rakyat bijak bermain dengan kata-kata penipuan. Pusing sana dan Pusing sini. Cara kita untuk mencari kebenaran? Senang sahaja. Berhenti dari mengikut trend, dan berfikir di luar kotak..

4 comments:

Anonymous said...

good thinking..sy sokong kamu..u r thinking out of the box.. =)

aisamuddinMH said...

tq whoever u r=)
keep supporting the cause!

SangKunang said...

sesi percambahan minda gerakan pemudaberjiwasucilagikental akan diteruskan lagi pada masa akan datang dengan topik2 politik yg lebih menarik

Anonymous said...

apa-apa isu akan diguna bg perjuangan yg tidak suci bg menarik lebih ramai penyokong. perjuangan yg samar dan tidak mengenal yg haq dan batil hanya sekadar mewujudkan isu-isu baru utk jadi perbualan di kedai-kedai kopi. tak gune 'react' sedangkan kita melihat ke'rabun'an mereka yg menggelar diri pejuang dlm langkahan mereka. inilah yg terjadi bilamana perjuangan sudah serong matlamatnya dan bila islam tidak diletakkan pada tempatnya