Saturday, January 3, 2009

Menarik: Persoalan Seorang Isteri..

Entri menarik ini saya temui di graduanmelayumuda.blogspot.com

Sebelum keluar rumah tadi, isteri saya yang tersayang telah menanyakan soalan yang tak mampu saya jawab....

KALAU NAK WUJUDKAN SATU BANGSA MALAYSIA, KENAPA BILA SIARAN BERITA PUKUL 8 MALAM ADA BERITA MELAYU,BERITA INGGERIS, BERITA CINA DAN BERITA TAMIL? TAK BOLEH SATU BAHASA JE KE IAITU BAHASA MELAYU?

KALAU NAK WUJUDKAN SATU BANGSA MALAYSIA, KENAPA SEKOLAH ADA SEKOLAH MELAYU,SEKOLAH INGGERIS, SEKOLAH CINA DAN SEKOLAH TAMIL? TAK BOLEH KE ADA SATU SEKOLAH JE IAITU SEKOLAH KEBANGSAAN?

KALAU NAK WUJUDKAN SATU BANGSA MALAYSIA, KENAPA SURAT KHABAR ADA YANG BERBAHASA MELAYU,BAHASA INGGERIS, BAHASA CINA DAN BAHASA TAMIL? TAK BOLEH KE ADA SATU JE SURAT KHABAR BERBAHASA MELAYU?

KALAU NAK WUJUDKAN SATU BANGSA MALAYSIA, KENAPA NAMA SETIAP BANGSA LAIN-LAIN? TAK BOLEH KE SEMUA NAMA ABDULLAH, ANWAR DAN HADI AWANG JE?

KALAU NAK WUJUDKAN SATU BANGSA MALAYSIA, KENAPA SEMUA BANGA BERCAKAP BAHASA YANG BERLAINAN...CINA CAKAP MELAYU INDIA TAK PAHAM...CAKAP TAMIL MELAYU DAN CINA TAK PAHAM...TAPI KALU CAKAP MELAYU SEMUA BANGSA FAHAM.

Fikir-fikirkan......

Ulasan dan Ekstrapolasi Artikel : Larangan jadikan orang kafir teman rapat

Hari ini saya terbaca satu artikel yg menarik hasil tulisan DR Zulkifli Mohamad Albakri. Hasil tulisan 'original' boleh didapati di sini; http://www.utusan.com.my/ -->klik utk terus ke artikel.

Artikelnya berkisarkan firman Allah SWT:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لا يَأْلُونَكُمْ خَبَالا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ
مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ


“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang, di luar kalanganmu (karena) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.”

(Ali Imran[3]: 118)

Mungkin ramai yang akan terkejut bila membaca hasil tulisan Dr Zulkifli yang bertajuk "Larangan Jadikan Orang Kafir Sebagai Teman Rapat." Tapi, jika Quran kata begini, maka inilah yang harus kita ikuti. Sebenarnya ayat ini membawa maksud yang sangat mendalam. Ianya tidak melarang kita berkawan dengan yang bukan Islam atas rasional;


"Islam mengajarkan kepada kita untuk berbuat baik kepada sesama makhluk, bahkan orang kafir yang tidak memerangi kita islam pun mengajarkan untuk berbuat kepada mereka, apalagi kalau mereka diharapkan bisa masuk islam, maka kita lebih dianjurkan untuk berbuat baik untuk berdakwah kepada mereka, semoga muamalah tersebut bisa menjadi sarana hidayah bagi mereka masuk ke dalam islam. Yang dilarang adalah kita menjadikan mereka teman dekat, teman kepercayaan, kita memberitahu rahsia2 kepada mereka,padahal mereka adalah orang2 yang menyekutukan Allah(abu sa'id, 2008)"

Namun, setelah saya perbanyakkan bacaan saya, kesimpulan yang dapat saya fikirkan ialah sebenarnya, larangan itu bermaksud kepada perkara-perkara yang menjurus kepada situasi yang mencarikan penyelesaian kepada sesuatu kemaslahatan/masalah dan juga kepada perkara-perkara yang melibatkan rahsia-rahsia kita. Yang ini sudah tentu kerana apabila pegangan kita berbeza, sudah tentu cara penyelesaian juga berbeza dan ini sememangnya tidak boleh kerana kita sebagai seorang Islam, kita perlulah berpegang teguh kepada ajaran dan setiap satu tindakan hendaklah berasaskan Al-Quran dan Sunnah. Dalil-dalil kepada kesimpulan saya ini boleh dirujuk di; artikel Dr Zulkifli dan muslim.or.id.

Mungkin ada yang akan berbicara menggunakan hujah kemajmukan masyarakat Malaysia menyangkal ayat ini dan kemudiannya membangkitkan isu yang Barisan Nasional bawah pimpinan UMNO yang memulakan sesuatu yang sedemikian rupa. Jawapan saya senang sahaja, Barisan Nasional wujud atas kapasiti kestabilan yang perlu ada pada sesuatu negara yang masih diperingkat bayi. Ditambah-tambah lagi dengan keadaan kita sebagai Muslim pada ketika itu, kurang "leverage," nak tak nak terpaksa juga dan pada hemat saya,Islam pada ketika itu boleh bangkit secara berperingkat. Kemudiannya, walaupun berganding bahu memenangi pilihanraya demi pilihanraya, kedudukan tinggi dalam parti ini tidak pernah diserahkan kepada yang bukan Islam dan secara jujur saya katakan, kedudukan yang diberikan kepada wakil bukan Islam dalam parlimen adalah kurang penting dan punyai sedikit kuasa dalam pembentukan sesuatu perlembagaan lebih-lebih lagi bila barisan parti ini yang memegang majoriti ialah yang Muslim. Mungkin pabila pemimpin lebih fokus kepada pembangunan Duniawi, kebangkitan Islam secara berpeingkat-peringkat diabaikan (sebenarnya banyak boleh kita simpulkan ttg isu ini. Ini salah satu). Namun pegangan kita kepada negara sendiri semakin merosot apabila orang Islam leka dengan kebahagiaan yang ada. Kita semakin lama semakin hilang 'leverage' kerana terleka, dan ada orang datang mengambil kesempatan.

Kegagalan pemimpin terdahulu ialah gagal mengambil kesempatan untuk memartabatkan Islam apabila mereka mampu melakukannya. Kini, menjadikan tanggungjawab kita untuk memartabatkan Islam walaupun tugas yang kita hadapi menjadi lebih berat berikutan dengan situasi masakini. Apa-apa pun, UMNO masih lagi relevan dalam perjuangan ini. Apa yang perlu ditekankan sepanjang masa ialah Islam = Melayu. Cuma orang yang punyai pendidikan ilmu yang sewajarnya gagal melihat menerusi Ilusi bijak pemimpin terdahulu untuk masuk berjuang bersama-sama UMNO.

Mereka
lebih suka kepada pakatan rakyat yang saban hari semakin menjual hak-hak dan pegangan orang Islam di bumi Malaysia tercinta ini. Pakatan Rakyat menganak tirikan PAS sebenarnya apabila menolak cita-cita PAS untuk memartabatkan Hukum Hudud. Lihat bertapa larangan Allah yang di abaikan PAS memberikan satu kesan yang buruk kepada perjuangan mereka...Anwar Ibrahim (seorang Muslim) sangat mengecewakan saya kerana bersikap terlalu liberal (dan HIPOKRIT). Orang yang dulunya bermula dengan memperjuangkan Islam bersama ABIM kina telah lupa asal usulnya. Malah, syiar perjuangan Saudara Anwar berubah-ubah di sepanjang kariernya, menunjukkan yang bertapa Anwar tidak kisahkan pegangannya tetapi lebih kisahkan peratusan untuk menang( dan jadi PM). Jadi fikir-fikirkanlah..sebagai seorang Muslim, relevankah kita menyokong Pakatan Rakyat?????????

Friday, January 2, 2009

AMANAT PRESIDEN GAP: PRK-P36. Serangan Blogger Anti-Anwar Kini Bermula!


GAP DAN BPN DENGAN INI MENGISYTIHARKAN SERANGAN KE ATAS ANWAR IBRAHIM SUDAH BERMULA. SATU PERSATU PENDEDAHAN AKAN DILAKUKAN HINGGALAH (DENGAN IZIN ALLAH SWT) KITA MENCAPAI KEMENANGAN DI KUALA TRENGGANU NANTI.


terima kasih gap ucapkan kepada bloger http://pewarismelayu.blogspot.com kerana ilustrasi grafik yang cukup menarik.


gap memohon kerjasama kepada BLOGER PEMBELA NEGARA (BPN) dan bloger2 independen agar dapat menyiar dan menyebarkan gambar ini seluas mungkin.jadikan ia sebagai kempen permulaan kita menewaskan pakatan rakyat. kepada bloger2 baru diharap anda boleh menjadi ahli baru BLOGER PEMBELA NEGARA.sila berhubung dengan bloger panglima perang cyber,desperado,che moq atau AJK lain dimana yang berkesempatan.


DiAmbil Dari:http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/

Thursday, January 1, 2009

Komentar 2008;Moderator: Sapixx Z. Panel:1)aisamuddin 2) farid z. 3) azrizad



Di kala pengakhiran hari pertama tahun baru 2009, perbualan rancak kami tiba-tiba berkembang menjadi satu forum berkisarkan tentang topik hangat yang berlaku di sepanjang 2008. Perbincangan yang terdetik dengan soalan, "Siapa orang Pakatan Rakyat yang boleh kita 'respect'?" dijawab secara serta-merta oleh saudara sapixx Z (www.sangkunang.blogspot.com),"Zulkifli Nordin!" Di iyakan oleh saya, kami bersependapat yang Zulkifli Nordinlah satu-satunya pejuang agama yang sebenar-benar menegakkan syiar Islam dalam Pakatan Rakyat. Pertuturan, " I may not be the best Muslim but I'll do my best for Islam," adalah simbolik dan petunjuk paling jelas yang konsep perjuangannya berpegang kepada Islam. Namun, saya menambah yang keadaannya dalam PKR akadalh seperti org yang meniti titian siratulmustaqim,bagaikan terumbang-ambing kerana pada hemat kami, jika berlaku transformasi barisan perwakilan Pakatan Rakyat, dia di antara individu yang awal disingkirkan kerana kecenderunganya kepada Islam(kami sokong kamu Zulkifli Nordin!). Tegas dalam kata-kata dan diterbitkan kepada tindakan, sememangnya dia adalah pilihan wajar kami sebagai seorang yang patut dihormati.


Secara
berselorohnya, saudara sapixx tiba-tiba dengan gaya moderator bertanyakan tentang kerelevanan PAS dalam perjuangannya demi Islam kepada saudara Azrizad. Dengan spontan, Azrizad menjawab, "Pas sudah tidak punya perjuangan sejak mereka berpadu kekuatan dengan PKR dan DAP. Saya mengiyakan sambil memperkatakan yang saya dari dulu lagi tidak nampak kerelevenan PAS dengan cita-cita negera Islam mereka kerana secara statistiknya, mereka tidak pernah meletakkan calon yang bertanding di kerusi parlimen yang cukup untuk mendapat majoriti di parlimen (dan yang menang pula lagi kurang dari itu). Jadi, pada dasarnya, mana mungkin PAS mampu mencapai cita-cita mereka!! Memang perjuangan Parti Islam SeMalaysia ada benar disisi agama, namun tindakan mereka,yang sebenar-benarnya dari dulu lagi, tidak pernah menjurus ke arah itu. Memang Islam itu nombor satu, tapi negara ini punya perlembagaan yang digembleng oleh mereka yang kurang 'bargaining chip' pada satu ketika dahulu. Jika mereka ingin mengubah perlembagaan negara kepada Islam, mereka secara taktikalnya mesti menguasai perlembagaan negara dahulu. Kita tidak seharusnya menjadikan peraturan dan perlembagaan itu sebagai satu halangan, tetapi sepatutnya ia dijadikan alat bantuan untuk kita mencapai cita-cita. Dengan tidakan persekongkolan dengan dua parti sosialis, mereka semakin jauh dari garapan visi dan misi mereka. Maka tidak salahlah jika saya katakan orang yang memangkah PAS ketika pilihanraya berada dalam situasi minda yang salah jika mereka beranggapan yang PAS kukuh memperjuangkan Islam. Ya pemimpin-pemimpin mereka punyai Ilmu yang tinggi mengenai Islam dan hebat dalam mengamalkannya. Tapi mereka gagal dalam meletakkan konteks terkini dalam pengamalan Islam.


Kemudian
Sapixx bertanya lagi, kes video Linggam. Saya kata, ada tangan yang memilihnya desebalik tabir dan ianya sama dengan konsep Suruhanjaya Perlantikan Hakim yang bezanya cuma di sebalik tabir dan di hadapan tabir. Saya ulas penerangan saya dengan mengatakan yang kita ini masyarakat yang kecoh dan langsung tidak berfikir di luar kotak. Kononnya amalkan demokrasi tetapi pada dasarnya tidak mengetahui konsep sebenar demokrasi. Bagi saya, tidak salah dalam memilih orang-orang tertentu dalam memegang jawatan-jawatan tertentu. Ini adalah kerana, seorang pemimpin sepatutnya punyai hak dalam memilih orang-orang tertentu dalam kerajaannya. Ini adalah kerana, dalam tempoh 5 tahun, seorang pemimpin hendaklah mencapai misinya dan pemilihan ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam mempermudahkan perjalanannya selama lima tahun itu. Kita katakan ianya tidak demokrasi. Lihatlah pencipta konsep demokrasi itu sendiri, Amerika yang presidennya bebas memilih orang-orang kanannya. Mungkin ada akan berkata, mengapa ambil contoh Amerika? Jawapan saya senang sahaja, mereka antara pelopor sistem demokrasi dan mereka antara yang paling lama mengamalkannya, jadi tidak salah jika saya katakan yang mereka sudahpn hampir 'menyempurnakan konsep' itu. Ya, saya tidak sangkal yang setiap tindakan tidak boleh lari dari wujudnya keburukan, tetapi mengapa harus kita lihat kepada keburukan? Bukannya kita tidak boleh gunakan ini sebagai alat untuk menaikkan Islam. Yang penting kita fikir dan bertindak.


Di akhir
perbincangan, kami memutuskan yang memang,PKR dan Pakatan Rakyat bijak bermain dengan kata-kata penipuan. Pusing sana dan Pusing sini. Cara kita untuk mencari kebenaran? Senang sahaja. Berhenti dari mengikut trend, dan berfikir di luar kotak..

Ilusi 2008...


Sebentar tadi, dentuman-dentuman bunga api yang jelas kedengaran menandakan berakhirnya satu lagi perjalanan, membawa satu signifikan yang kita semakin tua di dunia, semakin muda dengan ajal. 2008, telahpun berlalu dan kini subuh 2009 pula menjelma. Banyak yang berlaku...kejadian yang menganjakkan kita dari dunia realiti, yang menjauhkan gapaian kaki dari elemen penciptaan manusia, tanah. ILUSI 2008 menjelma, datang bagaikan penyakit, meracuni minda jelata dan ianya terus menular. Bahkan, jika tidak dikekang, ia akan terus mengganas di 2009. Bagi yang kebanyakan, ilusi ini dilihat sebagai realiti yang akan terus diterima bagi yang Jumud dan kurang berfikir. Transformasi politik yang gah diagung-agungkan sebagai 'Tsunami Politik' muncul sebagai 'Bapak Segala Ilusi dan Penipuan.' Barisan yang dipimpin Anwar Ibrahim secara teknikalnya berjaya menipu sebahagian besar jelata. Persoalan yang kita harus fikirkan, benarkah mereka ini? Di bawah panji sosialis yang sememangnya bercanggah dengan Islam, betulkah kita dengan menyokong mereka? Rasulullah SAW pernah bersabda yang menyatakan perjuangan seorang islam dibantu tiga perkara; yang pertama, ISLAM sebagai kepala, yang mana ianya bermaksud segala apa yang kita lakukan, hendaklah ia selari dengan Al-Quran dan hadis. Yang kedua, Solat sebagai tiang, membawa erti yang asas kepada perjuangan seorang islam tidak kukuh jika solatnya tidak sempurna dan yang ketiga, JIHAD, yang membawa erti yang sangat luas tapi pada dasarnya, perjuangan yang lillahitaala-nya adalah kerana ALLAH. Terus terang saya katakan, saya bukanlah seorang ekstrimis dan jauh sekali seorang yang fanatik. Tetapi, saya sedih dengan senario yang menguasai dunia kita,Malaysia. Satu pihak inginkan Islam. Tapi tindakannya langsung tidak membawa erti kepada perjuangan dan misi mereka. Namun, bawah panji Islam, mereka gagal menterjemahkan misi mereka kepada tindakan yang relevan. Tetapi, yang anehnya, mereka tetap disokong. Apakah kita tidak berfikir? Hairan tapi itulah realiti dan inilah yang saya maksudkan sebagai Jumud. Satu pihak pula licik menggunakan 'kekurangan kita berfikir' dengan menggunakan kemewahan dan kesenangan. Tanpa kita ketahui, di bawah bayang tangan yang ingin menyuap kita itu, penuh dengan penipuan dan kepincangan. Sudah terang lagi bersuluh yang bawah payungan mereka ini, kita bukannya maju kehadapan, tapi mundur kebelakang. Bukanlah sikap saya untuk menyalahkan mereka sahaja, yang memerintah pun ada melakukan kesilapan, tetapi perjuangan mereka masih terpelihara, apa yang mereka perlu ubah ialah sikap atau untuk lebih senang, tukarlah individu yang berada di dalamnya. Apa yang pasti, mereka sanggup berubah. Di kala inilah, apa yang sepatutnya berlaku, yang memperjuangkan Islam itu keluar dan masuk sekali pasukan mereka, tapi apakan daya, ada golongan Erdogan yang tidak mengejar perjuangan parti. Mereka hanya mengejar kuasa. Bagaikan membawa maksud yang mereka hanya akan berbakti kepada agama dan bangsa jika mereka berkuasa. Di manakah kematangan politik? Malu sebenarnya sebagai Islam melihat gelagat mereka ini. Bukankah agama itu nombor satu? Apa-apapun, 2009 tidak menjanjikan apa-apa keberkatan selagi kita tidak mahu berfikir. Hanya denga berfikir kita dapat melihat menembusi Ilusi yang mengaburi mata.Harapan saya ialah yang kita semua berehat seketika dari mengikut trend, berhenti dari melabel, duduk dan FIKIR. Apakah yang menyokong barisan yang konon memperjuangkan rakyat itu benar-benar ikhlas dalam perjuangan mereka?Apa kerelevenan mereka bersama walaupun misi parti berbeza? Berfikirnya anda adalah usaha anda dalam mencari kebenaran. Insyallah, jika ia disusuli pula dengan tawakal, kita akan jumpa kebenaran. Dan yang lebih penting, kita akan jumpa jalan yang benar, jalan keluar dari kabus ilusi...amin..


p/s: semoga 2009 kita lebih diberkati dan dirahmati disamping ditunjukkan kepada kita kebenaran..

Wednesday, December 31, 2008

Harimau Malaya | Mendukung Peranan Penyokong Pasukan Kebangsaan


Di era ini, bola sepak tidak boleh lagi dianggap hanya sebagai sejenis sukan. Ianya telah berevolusi menjadi satu budaya dan tradisi yang menjadi ikutan di seluruh dunia. Tetapi, dalam berbillion-billion peminat sukan ini, hanya jutaan yang menjadikan bola sepak sebagai mata pencarian mereka. Bakinya, wujud sebagai peminat dan penyokong sukan ini yang mana mereka inilah yang menjadikan sukan ini popular. Jadi, tidak salah jika dikatakan, tanpa penyokong, tidak akan wujud bola sepak. Kata-kata ini sangat sinonim dengan sukan bola sepak. Ianya melambangkan betapa pentingnya kewujudan penyokong dalam sukan yang paling popular di dunia ini. Malah, penyokong disifatkan sebagai ‘elemen pemain kedua belas’ yang mampu menentukan menang dan kalahnya sesebuah pasukan dalam sesuatu perlawanan.

Di mana-mana pun, penyokong merupakan komponen penting dalam sesebuah pasukan. Mereka merupakan nadi dan penggerak dalam memacu pasukan yang mereka sokong untuk menggarap kemenangan. Di Malaysia, fenomena penyokong sebagai ‘pemain kedua belas’ hanya wujud untuk beberapa pasukan negeri sahaja. Malah, apa yang lebih menyedihkan ialah, ianya hampir tidak wujud apabila pasukan negara kita yang beraksi di padang. mustahil untuk kita lihat stadium kita dipenuhi peminat-peminat bola sepak apabila pasukan kebangsaan kita bermain. Ini langsung berbeza dengan zaman kegemilangan kita suatu ketida dahulu. Jika ditanya, jawapan mereka mudah sahaja, buat apa nak sokong kalau main pun tidak ke mana. Memang benar, arena bola sepak kita masa kini tidak lagi sehebat zaman Allayarham Mokhtar Dahari, Datuk Gani Minhat dan Datuk Soh Chin Aun. Namun begitu, kita seharusnya sedar yang walau macam mana teruk sekalipun prestasi pasukan kebangsaan kita, sebagai rakyat Malaysia, kita punya tanggungjawab untuk terus menyokong pasukan Malaysia. Dalam situasi masakini, rakyat Malaysia lebih gemar mengkritik dan menunding jari ke arah orang lain. Secara umumnya, kita lebih gemar menyalahkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). FAM di suruh berubah dan bekerja keras untuk menyelamatkan maruah bola sepak negara kita. Tapi, tanpa kita sedari, satu jari ditunding ke FAM, empat jari ditunding kepada diri kita sendiri. Kita seakan-akan hilang intergriti nasional. Tidak salah untuk kita menyokong pasukan-pasukan yang ternama. Tetapi, kita wajib menyokong pasukan negara kita sendiri. Tidak malukah kita, apabila Chelsea datang bertandang ke negara kita, lebih ramai yang bangga untuk ke stadium berpakaian jersi Chelsea? Apa jasa Chelsea pada kita? Tidak malukah kita, apabila Brazil datang ke negara kita, ada rakyat Malaysia yang lebih bangga mengibarkan bendera Brazil dari mengibarkan Jalur Gemilang yang melambangkan maruah negara?

Tujuan menyokong bukanlah untuk mengagung-agungkan pemain, tetapi sebagai tanda penghargaan kepada dedikasi yang pemain telah tunjukkan di tengah padang. Menyokong pasukan negara pula melambangkan sokongan padu rakyat sesebuah negara kepada anak-anak tempatan yang berjuang di bawah nama sesebuah negara. Ianya juga menimbulkan rasa kebanggaan dan sifat tanggungjawab kepada pemain untuk bermain dengan bersungguh-sungguh demi negara yang tercinta. Walaupun, dewasa ini prestasi pasukan negara tidak begitu memberansangkan, rakyat Malaysia seharusnya terus memberikan sokongan, ataupun kritikan membina untuk pasukan negara kita terus meningkatkan lagi mutu permainan mereka. Mengabaikan pasukan negara adalah seperti mengabaikan tanggungjawab kita. Mungkin kita tidak bangga dengan prestasi kita sekarang, tetapi sokongan yang konsisten tetap diperlukan agar keistimewaan mewakili negara kita yang tercinta ini terperlihara. Melihat keadaan sekarang ini, tidak hairanlah yang mewakili pasukan Malaysia dianggap remeh oleh pemain kebangsaan kita sendiri. Penyokong langsung tidak menghiraukan bola sepak tempatan dan pasukan bola sepak kebangsaan. Ingatlah, jika kita tidak suka atau membenci keadaan sekarang ini, kita perlu terus menyokong supaya generasi baru mengetahui nilai mewakili pasukan kebangsaan agar mereka terus berusaha untuk mejadi lebih baik dari ‘abang-abang’ mereka sekarang ini. Kita sering mengagung-agungkan bola sepak eropah. Kita sering memuji corak dan mutu permainan mereka. Pernahkah kita mempersoalkan mengapa pemain-pemain di sana bermain bermati-matian demi kelab dan negara mereka? Lihatlah penyokong-penyokong mereka. Sentiasa berada di belakang pasukan yang mereka sokong, walau apa sekalipun. Senario inilah yang menyebabkan pemain-pemain di sana bermain dengan bersungguh-sungguh.


Sambungan artikel ini boleh didapati di dalam majalah ARENA BOLA SEPAK edisi Januari 2009. Dapatkannya sekarang!!

gerakan-anti-pkr.blogspot.com | Revolusi Sebenar Politik Malaysia


Ini ialah mukaddimah ringkas. Sekian lama saya memerah idea, memikirkan apakah pengisian yang patut saya siarkan disini. Akhirnya, keputusan telah ku ambil.
  • No. 1, blog ini adalah penyokong kuat GERAKAN ANTI PKR(GAP).
  • No. 2, blog ini secara peribadinya milik saya, jadi saya telah mengambil keputusan untuk mengecam Anwar Ibrahim, bapak penipu Malaysia.
  • yang ke 3, saya akan gunakan blog ini sebaik-baiknya, untuk mempersoalkan kerelevanan perjuangan PAS di bawah payung PAKATAN RAKYAT
  • di samping itu,ingin juga saya gunakan blog ini sbg medium kepada perjuangan kepada pembentukan intergriti rakyat Malaysia, khususnya melalui sukan bola sepak.(ini ialah selingan atas kapasiti saya sebagai Editor di www.harimaumalaya.com
Selama ini, menerusi medium internet saya hanya temui golongan yang membangkang kerajaan. Sekian lama saya mencari ruang dan medium untuk mendedahkan kepalsuan perjuangan PKR, kepalsuan perjuangan Anwar Ibrahim. Rakyat Malaysia, pada pandangan saya terlampau mengikut 'trend' sahaja, menyokong perjuangan Anwar Ibrahim tanpa memikirkan rasionalnya perjuangan kosong dan penipuan Anwar yang menghebah-hebahkan dirinya sebagai pejuang bangsa dan negara.Pergi Jahanam!! Lemah dan tiada intergriti, kita sering kali terpengaruh dengan dakyah-dakyah dan mainan kata-kata ANwar Ibrahim yang sememangnya janji dan omongan kosong. Nantikanlah ulasan saya. Sememangnya saya berjanji yang segala apa diskusi saya akan disertakan dengan justifikasi yang rasional. Insayallah, saya akan cuba menyokong perjuangan Gerakan Anti PKR(GAP) atas dasar Islam dan bangsa saya. Buat masa ini, layarilah blog rasmi GAP, gerakan-anti-pkr.blogspot.com.

Sekian, wassalam..