Thursday, January 1, 2009
Ilusi 2008...
Sebentar tadi, dentuman-dentuman bunga api yang jelas kedengaran menandakan berakhirnya satu lagi perjalanan, membawa satu signifikan yang kita semakin tua di dunia, semakin muda dengan ajal. 2008, telahpun berlalu dan kini subuh 2009 pula menjelma. Banyak yang berlaku...kejadian yang menganjakkan kita dari dunia realiti, yang menjauhkan gapaian kaki dari elemen penciptaan manusia, tanah. ILUSI 2008 menjelma, datang bagaikan penyakit, meracuni minda jelata dan ianya terus menular. Bahkan, jika tidak dikekang, ia akan terus mengganas di 2009. Bagi yang kebanyakan, ilusi ini dilihat sebagai realiti yang akan terus diterima bagi yang Jumud dan kurang berfikir. Transformasi politik yang gah diagung-agungkan sebagai 'Tsunami Politik' muncul sebagai 'Bapak Segala Ilusi dan Penipuan.' Barisan yang dipimpin Anwar Ibrahim secara teknikalnya berjaya menipu sebahagian besar jelata. Persoalan yang kita harus fikirkan, benarkah mereka ini? Di bawah panji sosialis yang sememangnya bercanggah dengan Islam, betulkah kita dengan menyokong mereka? Rasulullah SAW pernah bersabda yang menyatakan perjuangan seorang islam dibantu tiga perkara; yang pertama, ISLAM sebagai kepala, yang mana ianya bermaksud segala apa yang kita lakukan, hendaklah ia selari dengan Al-Quran dan hadis. Yang kedua, Solat sebagai tiang, membawa erti yang asas kepada perjuangan seorang islam tidak kukuh jika solatnya tidak sempurna dan yang ketiga, JIHAD, yang membawa erti yang sangat luas tapi pada dasarnya, perjuangan yang lillahitaala-nya adalah kerana ALLAH. Terus terang saya katakan, saya bukanlah seorang ekstrimis dan jauh sekali seorang yang fanatik. Tetapi, saya sedih dengan senario yang menguasai dunia kita,Malaysia. Satu pihak inginkan Islam. Tapi tindakannya langsung tidak membawa erti kepada perjuangan dan misi mereka. Namun, bawah panji Islam, mereka gagal menterjemahkan misi mereka kepada tindakan yang relevan. Tetapi, yang anehnya, mereka tetap disokong. Apakah kita tidak berfikir? Hairan tapi itulah realiti dan inilah yang saya maksudkan sebagai Jumud. Satu pihak pula licik menggunakan 'kekurangan kita berfikir' dengan menggunakan kemewahan dan kesenangan. Tanpa kita ketahui, di bawah bayang tangan yang ingin menyuap kita itu, penuh dengan penipuan dan kepincangan. Sudah terang lagi bersuluh yang bawah payungan mereka ini, kita bukannya maju kehadapan, tapi mundur kebelakang. Bukanlah sikap saya untuk menyalahkan mereka sahaja, yang memerintah pun ada melakukan kesilapan, tetapi perjuangan mereka masih terpelihara, apa yang mereka perlu ubah ialah sikap atau untuk lebih senang, tukarlah individu yang berada di dalamnya. Apa yang pasti, mereka sanggup berubah. Di kala inilah, apa yang sepatutnya berlaku, yang memperjuangkan Islam itu keluar dan masuk sekali pasukan mereka, tapi apakan daya, ada golongan Erdogan yang tidak mengejar perjuangan parti. Mereka hanya mengejar kuasa. Bagaikan membawa maksud yang mereka hanya akan berbakti kepada agama dan bangsa jika mereka berkuasa. Di manakah kematangan politik? Malu sebenarnya sebagai Islam melihat gelagat mereka ini. Bukankah agama itu nombor satu? Apa-apapun, 2009 tidak menjanjikan apa-apa keberkatan selagi kita tidak mahu berfikir. Hanya denga berfikir kita dapat melihat menembusi Ilusi yang mengaburi mata.Harapan saya ialah yang kita semua berehat seketika dari mengikut trend, berhenti dari melabel, duduk dan FIKIR. Apakah yang menyokong barisan yang konon memperjuangkan rakyat itu benar-benar ikhlas dalam perjuangan mereka?Apa kerelevenan mereka bersama walaupun misi parti berbeza? Berfikirnya anda adalah usaha anda dalam mencari kebenaran. Insyallah, jika ia disusuli pula dengan tawakal, kita akan jumpa kebenaran. Dan yang lebih penting, kita akan jumpa jalan yang benar, jalan keluar dari kabus ilusi...amin..
p/s: semoga 2009 kita lebih diberkati dan dirahmati disamping ditunjukkan kepada kita kebenaran..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
alhamdulillah!blog anda berjalan jgak. Entry yg smart dgn mengkeji anwar dan fuckatan rakyat nmpak nye.Hehehe
tq fiq=)
segalanya demi membangkang anwar penipu!
Post a Comment