Friday, January 2, 2009

AMANAT PRESIDEN GAP: PRK-P36. Serangan Blogger Anti-Anwar Kini Bermula!


GAP DAN BPN DENGAN INI MENGISYTIHARKAN SERANGAN KE ATAS ANWAR IBRAHIM SUDAH BERMULA. SATU PERSATU PENDEDAHAN AKAN DILAKUKAN HINGGALAH (DENGAN IZIN ALLAH SWT) KITA MENCAPAI KEMENANGAN DI KUALA TRENGGANU NANTI.


terima kasih gap ucapkan kepada bloger http://pewarismelayu.blogspot.com kerana ilustrasi grafik yang cukup menarik.


gap memohon kerjasama kepada BLOGER PEMBELA NEGARA (BPN) dan bloger2 independen agar dapat menyiar dan menyebarkan gambar ini seluas mungkin.jadikan ia sebagai kempen permulaan kita menewaskan pakatan rakyat. kepada bloger2 baru diharap anda boleh menjadi ahli baru BLOGER PEMBELA NEGARA.sila berhubung dengan bloger panglima perang cyber,desperado,che moq atau AJK lain dimana yang berkesempatan.


DiAmbil Dari:http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/

1 comment:

Anonymous said...

salam..sudahlah sahabat..sekarang nih org Islam yg sedar makin sibuk bncg tentang kebangkitan Islam..tkde masa dah dengn mende2 macm nih..tepuk dada, tanye iman..daripada sahabat tulis pasal kutuk pemimpin ke ape ke, baik terus menulis isu palestin di Gaza utk buka mata pembaca..biar sensitif skit dengn kezaliman Yahudi.letak tepi dulu politik yg blm jelas kebenaran nya, hanya Allah swt saje yg tau siape benar siape salah, yg jelas skrg, jika kita bangkit membela agama, Allah swt pasti akn kurniakan kemenangan sebb Islam bukn agama yg ajaib boleh bangkit tanpa pendokongnya..jadi, jom sama2 kite usaha agar termasuk dalam golongn pendokong agama kita Islam tercinta. Ayuh Aisamuddin, kite jadi pendokong pembela agama kite..ayuh kite laksanakn jual beli yg menguntungkn kite dunia akhirat..macmne carenye? bleh rujuk terjemahan ayat suci al-quran yg ana pastekn ni.=)

surah as saff:
[61.8] Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).

[61.9] Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.

[61.10] Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

[61.11] Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

[61.12] (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar.

[61.13] Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.

[61.14] Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.

jadikanlah blog saudara medan perniagaan di jalan Allah swt. syukran, wassalam.

Faiz di bumi Perancis=)