Showing posts with label Sayang Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Sayang Malaysia. Show all posts

Thursday, February 26, 2009

Promo HMC Futsal Tournament


Tarikh : 15hb Mac 2009 (Ahad)

Masa : 9.00 pagi

Tempat : HTO de Futsal, USJ

Tarikh Tutup : 8hb Mac 2009, 8.00 malam

Tarikh Undi : 13hb Mac 2009, 8.30 malam (HTO de Futsal, USJ)


Pihak Penganjur dengan ini menjemput pihak tuan turut serta dalam kejohanan ini. Pihak tuan boleh berhubung dengan Urusetia kami iaitu Matthew Yong (016-6975108, letissier_yong@yahoo.com) & Gozal (017-2049736, gozal@harimaumalaya.com) untuk keterangan lanjut serta memberi maklum balas sebelum 8hb Mac 2009.
Kehadiran pihak tuan adalah dialu-alukan.

Sunday, February 22, 2009

Blog Indonesia Yang Menyebarkan Rasa Benci Kepada Negara Tercinta, Malaysia.

Mungkin isu ini agak lapuk. Sesungguhnya, memang terdapat segelintir warga Indonesia yang membenci negara kita. Malingsia merupakan gelaran negara kita di kalangan golongan pembenci ini. Baru-baru ini, saya diusulkan oleh seorang sahabat untuk melawati sebuah blog. Blog yang merupakan HQ bagi para pembenci Malaysia ini penuh dengan unsur hasutan yang tidak benar. Antara tuduhan mereka ialah, kita merupakan bangsa peniru yang meniru budaya mereka. Jika dilihat dari konteks yang lain, kita memang banyak meniru cara dan budaya yang dapat memberikan kebaikan kepada kita.
Apa yang membuatkan saya terkilan ialah apabila budaya dan warisan Melayu kita dikatakan oleh mereka "DITIRU dari INDONESIA." Ini sama sekali tidak benar. Sedarkah mereka yang kita serumpun. Asalnya kita dari sebuah kepulauan Nusantara yang besar. Jadi, tidak perlulah isu ini dijadikan bahan bakar kepada kebencian kerana ianya sangat logik. Pabila kita dari rumpun yang sama, tidak hairanlah yang budaya dan adat resam kita hampir serupa. Saya rasa tidak perlulah untuk berhujah dengan lebih panjang tentang isu ini. Kepada bloggers yang membaca 'entri' saya ini, silalah ke blog itu kerana terdapat satu chatbox di situ. Tegurlah mereka secara berhemah kerana pada hemat saya, di kala ketidakstabilan situasi dunia masa kini, kita sepatutnya bersatu dan saling membantu..bukannya saling membenci. Untuk melewati blog yang saya maksudkan ini, silalah klik "link" ini http://id-top.blogspot.com/