Mungkin isu ini agak lapuk. Sesungguhnya, memang terdapat segelintir warga Indonesia yang membenci negara kita. Malingsia merupakan gelaran negara kita di kalangan golongan pembenci ini. Baru-baru ini, saya diusulkan oleh seorang sahabat untuk melawati sebuah blog. Blog yang merupakan HQ bagi para pembenci Malaysia ini penuh dengan unsur hasutan yang tidak benar. Antara tuduhan mereka ialah, kita merupakan bangsa peniru yang meniru budaya mereka. Jika dilihat dari konteks yang lain, kita memang banyak meniru cara dan budaya yang dapat memberikan kebaikan kepada kita.
Apa yang membuatkan saya terkilan ialah apabila budaya dan warisan Melayu kita dikatakan oleh mereka "DITIRU dari INDONESIA." Ini sama sekali tidak benar. Sedarkah mereka yang kita serumpun. Asalnya kita dari sebuah kepulauan Nusantara yang besar. Jadi, tidak perlulah isu ini dijadikan bahan bakar kepada kebencian kerana ianya sangat logik. Pabila kita dari rumpun yang sama, tidak hairanlah yang budaya dan adat resam kita hampir serupa. Saya rasa tidak perlulah untuk berhujah dengan lebih panjang tentang isu ini. Kepada bloggers yang membaca 'entri' saya ini, silalah ke blog itu kerana terdapat satu chatbox di situ. Tegurlah mereka secara berhemah kerana pada hemat saya, di kala ketidakstabilan situasi dunia masa kini, kita sepatutnya bersatu dan saling membantu..bukannya saling membenci. Untuk melewati blog yang saya maksudkan ini, silalah klik "link" ini http://id-top.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Flag the blog from Blogger.
yeah
but to make it work
need around 500 000 ppl flagging it
just spread the words
I'm already doing it.
=)
mst jd anonymous.nnt aku kena kejar sbb mulakan 'semangat kebangkitan' golongon pendidik.belum sedia nk masuk buku Sejarah lg ni
hahahha
xmacho r gitu beb
*just kidding=P
salam dari bumi Shamrock.. saje2 blog hopping.. :)
Post a Comment