Thursday, March 19, 2009

(PPSMI) ;By Dr. Mahathir Mohamad on March 13, 2009 6:48 PM


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)

By Dr. Mahathir Mohamad on March 13, 2009 6:48 PM |


1. Saya berasa amat sedih apabila membaca laporan berkenaan demonstrasi yang dipimpin oleh tokoh sastera Melayu menentang pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

2. Kononnya ini akan menidakkan kebolehan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam ilmu ini. Konon ia akan mengurangkan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

3. Kita harus ingat bahawa pelajaran bukan semata-mata untuk memaju atau mengembangkan bahasa. Pelajaran adalah untuk penguasaan ilmu, pelbagai jenis ilmu..


4. Yang boleh meningkatkan taraf dan kemajuan bahasa ialah matapelajaran bahasa itu sendiri dan diperingkat yang lebih tinggi mata pelajaran sastera.

5. Sains dan matematik tidak mungkin menolong kemajuan bahasa, khususnya bahasa Melayu.

6. Ini disebabkan bahasa sains dan matematik bukan daripada bahasa Melayu. Sebahagian besar daripada perkataan-perkataan dalam mata pelajaran ini adalah dalam bahasa Latin yang di-Inggeriskan.

7. Memang benar kita boleh Melayu-kan perkataan-perkataan ini, seperti juga kita Melayu-kan perkataan daripada lain-lain bahasa.

8. Memang boleh tetapi perkataan-perkataan sains bukan satu dua tapi beratus-ratus. Dan perkataan ini menjadi asas kepada perkataan yang mempunyai makna yang amat berlainan.

9. Umpamanya perkataan Oxygen (Oksigen) - satu jenis gas. Derivative (cabang) daripada perkataan ini adalah seperti berikut;

• Oxygenation

• Oxidation

• Oxide

• Oxidants

• Deoxydation

• Oxidise

• Oxidification

• Dioxide

• Monoxide

• Peroxide

10. Ini hanya bagi satu elemen daripada sebanyak 120 (118) elemen.

11. Tiap satu mempunyai banyak derivative. Tetapi ada perkataan-perkataan lain yang hanya untuk ilmu sains. Jika semuanya nak di-Melayukan, bahasa Melayu akan bertukar menjadi bahasa Inggeris, ejaan lain bunyi semacam. Sebenarnya ia bukan bahasa Melayu lagi..

12. Ilmu sains dan matematik bukan ilmu yang statik. Ilmu-ilmu ini berkembang sepanjang masa. Tiap hari ada hasil kaji selidik, penerokaan, ciptaan dan perluasan yang diperkenal melalui ratusan kertas-kertas yang ditulis..


13. Hampir semua ditulis dalam bahasa Inggeris. Untuk menterjemah tulisan ini kita perlu orang yang fasih dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan faham ilmu yang hendak diterjemah.

14. Kita ada beberapa kerat sahaja orang yang berkebolehan seperti ini. Itupun dalam dua tiga bidang sahaja. Orang yang layak seperti ini tidak berminat menjadi penterjemah seumur hidup. Apabila sains dan matematik diajar dalam bahasa Melayu, orang seperti ini tidak akan ada lagi. Bagaimanakah kita hendak ikuti perkembangan ilmu sains?

15. Sebaliknya kertas ilmiah akan terus dikeluarkan beratus-ratus lagi, semuanya dalam bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Maka tanpa kebolehan menterjemah semua ilmu baru ini akan TERTINGGALLAH orang Melayu dalam bidang ilmu yang amat penting di zaman ini.

16. Kalau kita masih tidak dapat menerima kenyataan di atas, kaji sahaja jumlah Phd dalam bidang sains yang hanya belajar sains dalam bahasa Melayu dan tidak faham bahasa Inggeris. Berapa ramaikah daripada pakar dalam bidang perubatan yang hanya belajar dalam bahasa Melayu, tanpa buku dalam bahasa Inggeris sebagai buku teks.

17. Apakah penuntut luar bandar tidak dapat menguasai bahasa Inggeris?

18. Sekali lagi perhitungan perlu dibuat berkenaan jumlah mereka yang dari kampung yang memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan dan swasta kerana lulus dalam bahasa Inggeris dan mampu berhujah dalam bahasa berkenaan. Yang menentang PPSMI pun dari kampung juga tetapi dapat kelulusan bahasa Inggeris. Bahkan mereka sering berbahasa Inggeris.

19.. Duta dan diplomat kita, berapa ramaikah yang hanya boleh bertutur kata dalam bahasa Melayu yang memegang jawatan penting dalam Kementerian Luar?

20. Pakar sains dan perubatan dan juga pegawai tinggi Kerajaan sering dikehendaki mengambil bahagian dalam persidangan antarabangsa. Apakah mereka dapat berhujah dan mengambil bahagian secara berkesan dengan mengguna hanya bahasa Melayu?

21. SAYA BUKAN HENDAK MEMANDANG RENDAH BAHASA BANGSA SAYA SENDIRI,TAPI SAYA (KITA) PERLU TERIMA HAKIKAT SEBENAR.

22.. Bahasa sesuatu bangsa akan dipelajari oleh orang asing jika bangsa itu amat maju dan terkenal dengan ilmu yang dimiliki dan diterokai olehnya. Demikian sebelum abad ke-15 Masihi orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab kerana tamadun Islam pada masa itu gah dan amat dihormati. Tetapi selepas orang Islam ketepikan sains, ilmu perubatan dan hisab, orang Eropah tidak lagi mempelajari bahasa Arab. Sebaliknya orang Arab dan Islam terpaksa belajar bahasa Eropah.

23. Jika kita ingin bahasa Melayu digunakan dengan meluas kita perlu majukan diri kita dalam semua bidang terutama bidang ilmu dahulu. Sebelum daripada itu minat untuk belajar bahasa Melayu akan terhad kepada sekumpulan kecil sahaja.

24. Kita belajar sains dan matematik untuk memajukan bangsa kita supaya satu hari mungkin kita akan terkenal berkenaan dengan penerokaan dan kajiselidik oleh kita dan orang lain akan belajar bahasa kita untuk mendapat ilmu yang diteroka oleh kita.

25. Penguasaan ilmu amat penting bagi masa depan seseorang. Janganlah kita perjudikan masa depan anak orang kerana kononnya kita seorang nasionalis yang begitu sayang kepada bahasa kita. Sayang bahasa tidak boleh melebihi sayang bangsa. Mereka yang sayang bangsa mereka ingin lihat bangsa mereka maju, berilmu dan dihormati dunia. Hanya kerana boleh bertuturkata dalam bahasa sendiri tidak akan menjadikan bangsa kita dihormati dan disegani orang.

26. Akan rosaklah bangsa dan negara jika dasar negara ditentukan oleh orang yang berdemonstrasi. Lebih rosak lagi jika yang berdemonstrasi didalangi oleh politik pembangkang

---------------------------------------------

P/S:SAYA,SBG SEORANG BAKAL GURU, MENYOKONG DASAR INI DITERUSKAN KERANA IANYA PUNYA LEBIH BANYAK KEBAIKAN DARI KEBURUKAN, SERTA DENGAN NIAT DAN CARA YANG BETUL, IANYA TIDAK AKAN MENGGUGAT KEDUDUKAN BAHASA MELAYU SBG BAHASA RASMI KITA.KENALI PPSMI SEBELUM ANDA MENOLAKNYA!!!

16 comments:

Anonymous said...

Adakah selama ini kita menggunakan bahasa Melayu untuk pelajari ilmu di negara berbahasa Inggeris.

Adakah dahulu bangsa Inggeris buat PPSMA untuk belajar di negara Arab.

Macamlah kita di sini tidak mengutamakan bahasa Inggeris untuk menguasai ilmu. Yang jelas kita dah terlebih Inggeris hingga terlupa untung nasib bahasa Melayu. Itu jelas.

aisamuddinMH said...

buka mata dan lihatlah bangsamu sendiri. pabila sesuatu dimudahkan, kita menafikannya.

adakah anak2 bangsa kita giat mencari ilmu? kalau tiada sistem pendidikan, adakah kita akan belajar?sbb itu wujudnya sistem pendidikan.

adakah kita terlebih bahasa inggeris?saban hari, kelas matematik, sains dan bahasa inggeris hanya memakan 4-6jam dari 16 jam aktiviti seharian(andaikata 8jam ditolak untuk waktu tidur).

untung nasib?kenapa bila PPSMI mula2 diperkenalkan, tiada pn suara sumbang. kenapa sekarang?kenapa bila ianya dijadikan isu politik, ditambah-taksub dgn politik, baru ada diantara kita nk membangkang?

saudara, sy pernah mengajar di kelas yang mana anak2 bangsa kita sendiri langsung tidak endahkan masa depan mereka, langsung tidak mahu belajar. sy bersyukur kerana wujudnya PPSMI. kerana sekurang-kurangnya, mereka didedahkan. dan sy sbg guru, punyai platform untuk memotivasikan mereka.

tahukah saudara apa itu PISMP sebenarnya?sedarlah, ianya bukan sekadar belajar matematik dan sains dalam bahasa inggeris..

rezqeen hill said...

Bangsa kita hanya mahu berada ditakuk lama dan tidak mahukan perubahan.

Salahkah bangsa kita belajar ilmu sains & math dlm bhs inggeris. Sdgkn ia pastinya dpt menguntung pljr² kita memahami lebey mendalam sesuatu ilmu itu jika mereka bersungguh².

Tp sgt menyedihkn jika bangsa kita tidak mahu mempelajari & mengikuti sesuatu yg baru demi ms dpn sdr.

kudabesi said...

saya bangkang

objection!!!!

haha..

esp utk pendidikan rendah

oi bukan PISMP lah..haha

lombuzaris

Anonymous said...

korbankan bahasa melayu untuk kembangkan bahasa inggeris??????

kenapa bahasa melayu yg jadi mangsa???
kalo nak perhebatkan penguasaan bahasa inggeris dalam kalangan rakyat malaysia, giatkanlah usaha dlm ruang lingkup bahasa inggeris tu sendiri. tak perlu laa rasanya nak korbankan bahasa melayu.

pemikiran orang yg terer inggeris dan biasa bersekolah dengan orang2 bijak pandai lain bro...
lu budak sekolah pandai boleh laa

aisamuddinMH said...

sy pandai?
sy x pandai, tapi sy bertuah punya ibu bapa yg sedar dan sentiasa memberi dorongan untuk terus menimba ilmu.lebih banyak bahasa yg kita kuasai, lagi bagus.

lagipn, adakah bangsa Melayu begitu lemah smpikn saudara Anonymous perlu keluarkan kenyataan sebegitu?

Anonymous said...

tertarik utk mmberikan komen..

setiap bnda yg dilaksanakan ada baik dan ada buruknya..
susah nk kata,ppsmi ni lebih byk baik atau buruk..
namun pengalaman dlm kelas drjah 4 b'sama pelajar yg x faham bhs inggeris buat sy fikir,sekurg2 nya kalau sains dan maths diajar dlm bhs melayu,mereka masih dpt memahaminya..
ini,dh la bhs inggeris nya lemah..sains dan matematik langsung x difahami..
salah siapa??

aisamuddinMH said...

tugas seorang guru adalah berkait dan saling bantu membantu.maksudnya, kenyataan saudara tidak berapa relevan kerana saudara beri contoh darjah empat.

proses pembelajaran tidak berfungsi begitu. Setiap tahun dalam pembelajaran ada pendekatan dan objektifnya.dan setiap tahun punya pencapaian adalah utk menyediakan muridnya untuk tahun2 hadapan.

saudara juga akan jadi guru bukan?jadi saudara mesti faham dengan konsep "scaffolding" dan "zone of proximal development" yg mana jika darjah empat tidak faham, maka bolehlah kita katakan yg guru2 yg mengajar murid itu di tahun2 yg sebelumnya tidak menjalankan tugasnya dengan baik.

ingat, pembelajaran ialah proses berterusan. Ianya tidak bermula dari "tidak tahu" kepada "pakar" dalam masa 3-4 tahun.Ianya proses berdikit2 yg mengambil masa, usaha dan dedikasi serta KOMITMEN dan KESUNGGUHAN seseorg.

Anonymous said...

salam saudara yg teguh dgn pendirian dan b'sungguh2 mmpertahankan anak bgsa..

mungkin cth yg sy berikan xberapa relevan..itu apa yg sy nmpak d sekolah yg boleh dikatakan t'letak d bndar,namun pelajarnya amat menyedihkan..

namun sy yakin,rmai lg anak bgsa yg mnjadi mangsa drpd pelaksanaan ppsmi ini..

sy x menentang plaksanaan ppsmi ini..sekadar t'fikir tentang anak2 yg dtg drpd pelbagai latar blkg..

pelajar yg 'memang pandai' atau mmg punya keinginan utk belajar, mmg mereka akan menguasai sesuatu pelajaran..namun bgaimana dgn pelajar yg lemah dan b'masalah?

utk melaksanakan sesuatu itu,perlulah kita lihat secara keseluruhannya..

dan jgn lah kita dgn mudah menuding jari pd guru apabila pelajar x menguasai peljaran dgn baik..mgkin guru ada silapnya, namun bukan salah guru mendidik..

wallahu'alam..

aisamuddinMH said...

bukankah itu tugas seorang guru??
kita MENDIDIK, bukan mengajar!
seorang guru gagal jika dia gagal memotivasikan pelajarnya untuk belajar!

itu tugas kita dan jika murid kita gagal,KITA GAGAL.

susahlah kalau bakal guru pn ada yg mentalitinya begini....

Anonymous said...

saudara jangan mudah melatah..

cabaran sebenar belum brmula..
tggulah hingga saudara melangkah masuk ke kelas..dan tggulah sehingga kita b'hadapan dgn pelajar yg pelbagai gayanya..

setiap org ada pndangan masing2..
mngkin saudara perlu lebih t'buka dlm menerima pndangan org lain..
sekadar mengingatkan..

aisamuddinMH said...

hek eleh!
tolonglah
beritahu ibu bapa kedua2 pendapat kita, mana satu yg akan mereka terima.

dan satu hari sbg ibu bapa, nk ke cikgu yg ada mentaliti mcm ko??!

c'mon, aq terbuka.tp klu dah mcm itu mentaliti ko, hancur beb!!

biarlah aq melatah pn. latahan aq demi memberitahu apa yg seorang cikgu patut buat.

ingatlah kt pengorbanan datuk razali ismail!dia naik taraf maktab perguruan, dgn harapan utk menaik taraf mentaliti bakal2 guru juga...

hampa kalau semua guru cakap begini...

aisamuddinMH said...

have read it
and have give comments
i disagree, n in fact, ur say only includes the bane of PPSMI.
why dont u start seeing the pros and have a really good thought of why Tun M created this policy

Anonymous said...

masyarakat malaysia khususnya yang berbangsa melayu memang mempunyai mentality "mee maggi".mengapa dikatakan begitu?majority masyarakat melayu inginkan hasil yang instant tapi tidak mahu usaha yg lebih.sama seperti mee maggi,cepat dimasak sedap dimakan..

lawatan ke sekolah melayu dan sekolah cina di malaysia menunjukkan perbezaan yg ketara dalam perlaksaan PPSMI ini.guru2 di sekolah melayu lazimnya malas nk berusaha meningkatkan penggunaan bahasa inggeris di dalam kelas mereka berbanding guru2 di sekolah cina..then,ble result students teruk, guru2 di sekolah melayu ni blame system kononnya tak relevan la, apelah,bla bla bla lah,student mmg bodo xtahu inggeris la..mcm2 alasan..c'mon la..fikir la ckit..bahasa melayu tu pn byk tiru bahasa laen..so mne development bahasanye??

not blaming the teacher yg tidak mengajar dengan betul ttp mentality masyrakat yg xmahu berusaha lebih dan hanya tahu memberi alasan,bangkangan dan sebagainya..

ChuckNorris

Anonymous said...

hum.. sy setuju penuh pandangan dan saranan doktor mahathir.. nak beri alasan, just baca alasan tun je lah.. sama dan sebulat suara dengan tun :>

tapi perlu amik kira gak pandangan pihak menentang.. well, i think nak cancel is not the way, but to improve, yes, should be.

Alhamdulillah, saya rasa sbgai bakal guru, saya ada tanggungjawab besar untuk membantu pelajar sehingga berjaya.. rasanye saudara aisamudin ni cikgu eh?

since you also support ETeMS, lets make the mission a reality.

zurul

Seri said...

sy sokong
mulakan dari awal lagi baik

"aku kalau buat esaimen bahasa melayu kerja group pun boleh buat sorang, tapi kalau dalam bi aku menyerah"
ayat sorang kawan aku yang kurang didedahkan dengan bi
kau boleh la, kau dari (matrik, uitm)
dia dari instituisi ..... sebelum ini