Tuesday, April 7, 2009

Respon DS Harussani

Pelik juga pabila melayari blog-blog pro PR. Semuanya tidak berani nk ulas pasal isu ni. Kalau ada yg beri ulasan, beritahulah saya, takut terlepas pandang pula. APa-apa pun, saya tergelak sendirian apabila melihat isu-isu yang cuba dibangkitkan pro PR hanyalah "kekejaman DS Najib selepas lepaskan 12 tahanan ISA," isu pengundi hantu (tak habis2, bosan dah dengar) dan yang paling best, blog politik seakan diari sehariannya. Habis modal kot=).takpela, ada juga hikmahnya. Harapannya ialah agar pembaca blog sekalian dapat membaca hasil penulisan kedua2 belah pihak dan fikirlah, siapa betul dan siapa sekadar diterajui perasaan membuta tuli menyokong tanpa memikirkan masa depan kita. Berikut, respon ustaz DS Harussani pasal kes2 ahli politik yang ingat Islam ni barang permainan. Baca dan fikir2kan~

Petikan dari Utusan


Kor Ming perbodoh umat Islam

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 6 April - Tindakan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming menggunakan ayat- ayat suci al-Quran semasa berceramah di Bukit Gantang disifatkan sebagai satu usaha memperbodoh- bodohkan masyarakat Islam.

Justeru Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria (gambar) hairan kerana terdapat sebahagian daripada masyarakat Islam boleh menerimanya walaupun jelas tujuannya adalah disebabkan politik.

Katanya, mustahil masyarakat Islam di negara ini lupa dengan kenyataan seorang pemimpin utama DAP yang berkeras menolak Islam hingga sanggup menyatakan langkah mayatnya dahulu sekiranya mahu tubuhkan negara Islam.

''Adakah kita mahu mempelajari al-Quran dengan seorang pemimpin yang menjadi anggota sebuah parti yang seperti ini? Jangan biarkan diri kita diperbodoh-bodohkan oleh orang sedemikian.

''Jangan biarkan diri kita dipengaruhi oleh mereka. Apa yang saya lihat, tujuannya (gunakan ayat al-Quran) adalah disebabkan kepentingan politik semata-mata,'' katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Kor Ming yang membaca al-Quran dalam ceramahnya dengan tujuan bagi meraih sokongan orang Melayu.

Pensyarah Kanan kemanusiaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri pula menegaskan menjadi tanggungjawab ke atas setiap umat Islam untuk memerangi golongan yang mempelajari al-Quran jika tujuannya adalah untuk dipersenda atau dijadikan bahan ketawa.

Beliau mengakui tidak salah seorang bukan Islam mempelajari ilmu al-Quran malah sehingga kini terdapat beberapa cendekiawan bukan Islam mahir dalam bidang tersebut seperti Prof. Esposito, Hugh G

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md. Harun dalam kenyataan hari ini mengutuk tindakan Kor Ming kerana ia boleh memecah-belahkan perpaduan negara selain menimbulkan kemarahan umat Islam.

2 comments:

Pokjak a.k.a. Aizat said...

da lama da jadi din pasal mufti ni,
dulu klo xsalah ak mufti selangor atau KL kna sound sbab tegah wanita Islam join pertandingan ratu cantik..

bg ak orang alim ulama ni kiter kna respect sbab diorg merupakan 'waris' Rasulullah S.A.W.

Rizmi said...

bila masa pulak la KL ada mufti. mufti selangor yang haramkan pertandingan ratu cantik adalah almarhum Ustaz Ishak Baharom, 1997. tidak berapa lama selepas beliau menyatakan pendiriannya, kerajaan BN selangor pimpinan DS Abu Hasan Omar menyingkirkan beliau. Walaupun kuasa untuk melantik dan memecat mufti di bawah sultan, tetapi sultan pada masa itu berada di luar negara, pemecatannya diluar pengetahuan sultan.

respon terhadap isu nga kor ming, walaupun dah lama:

http://www.blogtokguru.com/pages/posting/10/umno-tolak-islam-tak-salah