Thursday, March 19, 2009

Malaysian Football WunderKid anyone??




Name: Wan Kuzain Wan Kamal
Date of Birth: 14 September 1998
Place of Birth: United States of America (Malaysian Parents)

Football (soccer) wonder kid. Possesses great skills, passing, and speed. Loves the game. Looking to have a future in the game. Plays in the United States. Is feared by all he plays. Well known football (soccer) star in the Midwest of the United States.

SOURCE: footy247.co.uk and YouTube


p/s: lets hope that his parents will make him play for Malaysia!FAM, keep your hands out of this!Best of luck to you little wan!!

(PPSMI) ;By Dr. Mahathir Mohamad on March 13, 2009 6:48 PM


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)

By Dr. Mahathir Mohamad on March 13, 2009 6:48 PM |


1. Saya berasa amat sedih apabila membaca laporan berkenaan demonstrasi yang dipimpin oleh tokoh sastera Melayu menentang pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

2. Kononnya ini akan menidakkan kebolehan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam ilmu ini. Konon ia akan mengurangkan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

3. Kita harus ingat bahawa pelajaran bukan semata-mata untuk memaju atau mengembangkan bahasa. Pelajaran adalah untuk penguasaan ilmu, pelbagai jenis ilmu..


4. Yang boleh meningkatkan taraf dan kemajuan bahasa ialah matapelajaran bahasa itu sendiri dan diperingkat yang lebih tinggi mata pelajaran sastera.

5. Sains dan matematik tidak mungkin menolong kemajuan bahasa, khususnya bahasa Melayu.

6. Ini disebabkan bahasa sains dan matematik bukan daripada bahasa Melayu. Sebahagian besar daripada perkataan-perkataan dalam mata pelajaran ini adalah dalam bahasa Latin yang di-Inggeriskan.

7. Memang benar kita boleh Melayu-kan perkataan-perkataan ini, seperti juga kita Melayu-kan perkataan daripada lain-lain bahasa.

8. Memang boleh tetapi perkataan-perkataan sains bukan satu dua tapi beratus-ratus. Dan perkataan ini menjadi asas kepada perkataan yang mempunyai makna yang amat berlainan.

9. Umpamanya perkataan Oxygen (Oksigen) - satu jenis gas. Derivative (cabang) daripada perkataan ini adalah seperti berikut;

• Oxygenation

• Oxidation

• Oxide

• Oxidants

• Deoxydation

• Oxidise

• Oxidification

• Dioxide

• Monoxide

• Peroxide

10. Ini hanya bagi satu elemen daripada sebanyak 120 (118) elemen.

11. Tiap satu mempunyai banyak derivative. Tetapi ada perkataan-perkataan lain yang hanya untuk ilmu sains. Jika semuanya nak di-Melayukan, bahasa Melayu akan bertukar menjadi bahasa Inggeris, ejaan lain bunyi semacam. Sebenarnya ia bukan bahasa Melayu lagi..

12. Ilmu sains dan matematik bukan ilmu yang statik. Ilmu-ilmu ini berkembang sepanjang masa. Tiap hari ada hasil kaji selidik, penerokaan, ciptaan dan perluasan yang diperkenal melalui ratusan kertas-kertas yang ditulis..


13. Hampir semua ditulis dalam bahasa Inggeris. Untuk menterjemah tulisan ini kita perlu orang yang fasih dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan faham ilmu yang hendak diterjemah.

14. Kita ada beberapa kerat sahaja orang yang berkebolehan seperti ini. Itupun dalam dua tiga bidang sahaja. Orang yang layak seperti ini tidak berminat menjadi penterjemah seumur hidup. Apabila sains dan matematik diajar dalam bahasa Melayu, orang seperti ini tidak akan ada lagi. Bagaimanakah kita hendak ikuti perkembangan ilmu sains?

15. Sebaliknya kertas ilmiah akan terus dikeluarkan beratus-ratus lagi, semuanya dalam bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Maka tanpa kebolehan menterjemah semua ilmu baru ini akan TERTINGGALLAH orang Melayu dalam bidang ilmu yang amat penting di zaman ini.

16. Kalau kita masih tidak dapat menerima kenyataan di atas, kaji sahaja jumlah Phd dalam bidang sains yang hanya belajar sains dalam bahasa Melayu dan tidak faham bahasa Inggeris. Berapa ramaikah daripada pakar dalam bidang perubatan yang hanya belajar dalam bahasa Melayu, tanpa buku dalam bahasa Inggeris sebagai buku teks.

17. Apakah penuntut luar bandar tidak dapat menguasai bahasa Inggeris?

18. Sekali lagi perhitungan perlu dibuat berkenaan jumlah mereka yang dari kampung yang memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan dan swasta kerana lulus dalam bahasa Inggeris dan mampu berhujah dalam bahasa berkenaan. Yang menentang PPSMI pun dari kampung juga tetapi dapat kelulusan bahasa Inggeris. Bahkan mereka sering berbahasa Inggeris.

19.. Duta dan diplomat kita, berapa ramaikah yang hanya boleh bertutur kata dalam bahasa Melayu yang memegang jawatan penting dalam Kementerian Luar?

20. Pakar sains dan perubatan dan juga pegawai tinggi Kerajaan sering dikehendaki mengambil bahagian dalam persidangan antarabangsa. Apakah mereka dapat berhujah dan mengambil bahagian secara berkesan dengan mengguna hanya bahasa Melayu?

21. SAYA BUKAN HENDAK MEMANDANG RENDAH BAHASA BANGSA SAYA SENDIRI,TAPI SAYA (KITA) PERLU TERIMA HAKIKAT SEBENAR.

22.. Bahasa sesuatu bangsa akan dipelajari oleh orang asing jika bangsa itu amat maju dan terkenal dengan ilmu yang dimiliki dan diterokai olehnya. Demikian sebelum abad ke-15 Masihi orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab kerana tamadun Islam pada masa itu gah dan amat dihormati. Tetapi selepas orang Islam ketepikan sains, ilmu perubatan dan hisab, orang Eropah tidak lagi mempelajari bahasa Arab. Sebaliknya orang Arab dan Islam terpaksa belajar bahasa Eropah.

23. Jika kita ingin bahasa Melayu digunakan dengan meluas kita perlu majukan diri kita dalam semua bidang terutama bidang ilmu dahulu. Sebelum daripada itu minat untuk belajar bahasa Melayu akan terhad kepada sekumpulan kecil sahaja.

24. Kita belajar sains dan matematik untuk memajukan bangsa kita supaya satu hari mungkin kita akan terkenal berkenaan dengan penerokaan dan kajiselidik oleh kita dan orang lain akan belajar bahasa kita untuk mendapat ilmu yang diteroka oleh kita.

25. Penguasaan ilmu amat penting bagi masa depan seseorang. Janganlah kita perjudikan masa depan anak orang kerana kononnya kita seorang nasionalis yang begitu sayang kepada bahasa kita. Sayang bahasa tidak boleh melebihi sayang bangsa. Mereka yang sayang bangsa mereka ingin lihat bangsa mereka maju, berilmu dan dihormati dunia. Hanya kerana boleh bertuturkata dalam bahasa sendiri tidak akan menjadikan bangsa kita dihormati dan disegani orang.

26. Akan rosaklah bangsa dan negara jika dasar negara ditentukan oleh orang yang berdemonstrasi. Lebih rosak lagi jika yang berdemonstrasi didalangi oleh politik pembangkang

---------------------------------------------

P/S:SAYA,SBG SEORANG BAKAL GURU, MENYOKONG DASAR INI DITERUSKAN KERANA IANYA PUNYA LEBIH BANYAK KEBAIKAN DARI KEBURUKAN, SERTA DENGAN NIAT DAN CARA YANG BETUL, IANYA TIDAK AKAN MENGGUGAT KEDUDUKAN BAHASA MELAYU SBG BAHASA RASMI KITA.KENALI PPSMI SEBELUM ANDA MENOLAKNYA!!!

Tuesday, March 10, 2009

Updated HALAL/HARAM food additive for Australia, NZ and Europe

Some of you may have the old list, this is an updated list. There are a couple of changes. Just right click the picture and save it to your PC. Many thanks to Hadi for giving me this new list=).

p/s: those with eye related problem can get a bigger version from this link.cheers=).

Hai sekalian manusia, makanlah yang halal dan baik dari apa saja yang terdapat di bumi, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata.

(al-Baqarah 2:168)

Promo HMC Futsal Tournament (POSTER)

Thursday, February 26, 2009

Promo HMC Futsal Tournament


Tarikh : 15hb Mac 2009 (Ahad)

Masa : 9.00 pagi

Tempat : HTO de Futsal, USJ

Tarikh Tutup : 8hb Mac 2009, 8.00 malam

Tarikh Undi : 13hb Mac 2009, 8.30 malam (HTO de Futsal, USJ)


Pihak Penganjur dengan ini menjemput pihak tuan turut serta dalam kejohanan ini. Pihak tuan boleh berhubung dengan Urusetia kami iaitu Matthew Yong (016-6975108, letissier_yong@yahoo.com) & Gozal (017-2049736, gozal@harimaumalaya.com) untuk keterangan lanjut serta memberi maklum balas sebelum 8hb Mac 2009.
Kehadiran pihak tuan adalah dialu-alukan.

Zulkifli Nordin vs MURTAD

ARTIKEL INI DI AMBIL DARI BLOG Gerakan Anti PKR(GAP): http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/

Sama-samalah kita menghayati mesej yang cuba disampaikan GAP dan menyokong perjuangan YB Zulkifli Nordin dalam memerangi gejala Murtad.

ZULKIFLI NORDIN DAN INSPEKTOR TAHA KALU ?

perjuangan gap dan kamu untuk menentang usaha MURTAD kini semakin bernyawa. peristiwa demonstrasi pada tahun 1994 selepas solat jumaat di masjid negeri shah alam kini mendapat rentak perjuangannya semula. mungkin ramai yang lupa dan gap cuma mahu mengembalikan nostalgia demonstrasi 1994 itu adalah berkenaan dengan isu murtad.

sebelum itu gap cuma mengenali saudara zulkifli nordin melalui 'kaset-kaset' ceramahnya. rakan-rakan gap meggunakan kaedah 'passing the tape' untuk membakar semangat.

hartina binti hj kamarudin telah menggemparkan umat satu ketika dulu. asalnya anak puaka ini beragama islam namun hasil perkenalannya dengan seorang anak hindu bernama rajeswaran, beliau kini menyembah patung krishna. bapanya hj kamarudin yang terlibat mempertahankan akidah hartina telah dilokap selepas kes pergaduhannya dengan kumpulan anak indu ini.

aishah bukhari wanita bertudung. lulusan akauntasi daripada ITM. namun cintanya pada seorang pemuda serani telah menyebabkan aishah terjebak dalam situasi konflik. memilih antara cinta dan akidah. benarlah sabdaan nabi saw ' di akhir zaman tahap tirisan iman umat umpama kulit bawang. pada paginya beriman dan boleh berubah menjadi kafir pada waktu petang'.. aishah bukhari memilih akidah kristianiti sebagai bukti cinta pada pemuda serani.

aishah dimurtadkan oleh lennet teoh hui leong seorang peguam kristus berbangsa cina. pada 28nov 1997 di mahkamah tinggi malaya lennet telah berhujah ' saya lennet teoh hui leong telah dilantik oleh aishah bukhari untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk nur aishah menolak dan meninggalkan agama islam'...

peguam lahanat ini juga telah memberitahu mahkamah dalam kenyataannya 'saya lennet teoh percaya aishah bukhari sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. saya peraya tindakan ibu bapanya,abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar HAK KEBEBASAN aishah bukhari menganut agama pilihannya iaitu kristian katolik'.

ini adalah sebahagian daripada kes-kes murtad yang berprofil tinggi. tidak termasuk kes pemurtadan azalina jailani atau lebih popular dengan nama lina joy,kes mohamad syazani yusof, suzi teoh (atau nama islamnya nur aini),mohamad ya/isteri dan konco-konconya,ayah pin dan puluhan ribu umat islam/melayu yang kini bergerak secara senyap mengamalkan kepercayaan karut selain islam.INI ADALAH BAHANA ARTIKEL 11.

selama tiada ada usaha dan keberanian yang jelas dapat ditunjukkan mana-mana ahli politik dan parti daripada kabilah melayu untuk tampil secara jelas menyelesaikan isu ini secara muktamad. sekadar bercerita di rostrum taman melewar merupakan permainan biasa daripada pas. umno pernah memiliki seorang menteri di JPM bertaraf hipokrit satu ketika dahulu. sewaktu kes aishah bukhari sedang memuncak panas, menteri di jabatan perdana menteri dato dr hamid othman apabila ditanya oleh wartawan pendapatnya tentang isu aishah, dengan selamba dia menjawap ' dah cinta, nak buat macamana' ! pada waktu itu gap telah memaki hamunnya di depan tv disaksikan oleh kedua mak bapak aku !

itu perkara sudah berlalu. 3 hari lepas umat islam diajak untuk menyaksikan CUBAAN menghentikan isu murtad ini dilakukan di tempat yang sepatutnya ia bertarung, di dewan rakyat. selama 50 tahun sejak merdeka kita menunggu hari yang penuh bersejarah ini! MASA MENGHENTIKAN IGAUAN ARTIKEL 11 SUDAH TIBA. kini pejuang anti murtad sudah menyatakan kesediaannya untuk bertarung di dewan rakyat.

pejuang anti murtad ini adalah zulkifli nordin ahli parlimen kulim bandar baharu, yang menang bertanding di atas tiket pkr. untuk pengetahuan kamu , zulkifli nordin merupakan bekas ahli umno bukit bintang. sewaktu pergeserannya dengan kepala munafik anwar ibrahim beberapa bulan lalu berkenaan dengan demonstrasi anti murtad di depan bangunan majlis peguam, beliau telah meninggalkan satu nota penting di pejabat kepala munafik anwar ibrahim. nota itu menyebut akan perjuangan beliau meletakkan islam adalah segala-galanya ' i am a muslim first and party second' ... satu surat 'rahsia' tanpa tarikh pun telah diserahkan.

hari ini zulkifli nordin memerlukan sokongan kita. ya kamu yang membaca artikel ini. samada kau umno,pas,pkr,anti anwar,anti najib,anti paklah,pro kairy,pro mukriz,pondan,kaki mabuk,lesbian,bekas perogol,banduan,bohsia,bohjan,pelacur,gro,kaki magnum,kaki suutt,minah zouk,kaki spa,kaki shuffle,liverpool fc,MU fc,bangla fc,bloger hatta mangkuk hayun yang baring atas jalan depan masjid ubudiyah di kuala kangsar tempoh hari....AKU MENGAJAK KAMU UNTUK MENYATAKAN SOKONGAN TIDAK BERBELAH BAGI KEPADA ZULKIFLI NORDIN BERJUANG DI PARLIMEN KELAK !

lupakan sengketa politik, berdasarkan maklumat kami, ini akan menjadi titik tolak kepada persetujuan 'gabungan partai politik melayu' yang sedang berlangsung secara sulit ketika ini.

usul anti murtad insyaallah akan menyelamatkan akidah anak cucu cicit kita di masa depan nanti.

usul ini telah membuatkan anwar bin ibrahim semakin tertekan. semalam atas arahan beliau 'majlis perundingan antara agama' telah dilaksanakan di penang secara ad-hoc. zulkifli nordin akan menjadi salah seorang 'agen' penting perpaduan terbesar dua parti melayu, lagi seorang ...

sila berikan sokongan moral kepada zulkifli nordin. ingat kita pada saat ini sedang mengulangi peristiwa yang sama pernah dialami oleh khalifah islam pertama saidina abu bakar as siddiq r.a, selepas kewafatan nabi saw ujian pertama abu bakar r.a adalah ar-riddah atau isu murtad ! jadikan diri anda sebahagian daripada sejarah yang bakal dicipta. ingat wahai saudaraku, segala dosa apa pun akan diampunkan oleh ALLAH SWT MELAINKAN SYIRIK (MURTAD) !


sila berikan sokonga anda di sini !

http://zul4kulim.blogspot.com/2009/02/parlimen-iii-usul.html

(harap maklum segala usul zulkifli nordin gap terima kecuali isu hindraf ) ..zulkifli nordin, aku gap telah mengotakan janji aku untuk memberikan sokongan kepada kamu. teruskan perjuangan mulia ini.

mungkin ramai yang tertanya mengapa tajuk artikel gap ini ada disebut nama seorang inspektor polis TAHA KALU ? inspektor taha kalu telah menanggalkan uniformnya sebagai anggota polis dan menyertai ribuan umat melayu berarak dan berdemonstrasi di mahkamah singapura pada tahun 1950 membantah pemurtadan NATRAH ! 11 orang telah syahid pada hari penuh bersejarah tersebut. dr burhanudin al helmi telah disumbat ke penjara...

soalan aku aka GAP ? adakah anda sanggup menjadi seperti mereka ?

-------------------------------------------------------------------------------------------------

artikel merupakan sumbangan dari;
http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/

Sunday, February 22, 2009

Blog Indonesia Yang Menyebarkan Rasa Benci Kepada Negara Tercinta, Malaysia.

Mungkin isu ini agak lapuk. Sesungguhnya, memang terdapat segelintir warga Indonesia yang membenci negara kita. Malingsia merupakan gelaran negara kita di kalangan golongan pembenci ini. Baru-baru ini, saya diusulkan oleh seorang sahabat untuk melawati sebuah blog. Blog yang merupakan HQ bagi para pembenci Malaysia ini penuh dengan unsur hasutan yang tidak benar. Antara tuduhan mereka ialah, kita merupakan bangsa peniru yang meniru budaya mereka. Jika dilihat dari konteks yang lain, kita memang banyak meniru cara dan budaya yang dapat memberikan kebaikan kepada kita.
Apa yang membuatkan saya terkilan ialah apabila budaya dan warisan Melayu kita dikatakan oleh mereka "DITIRU dari INDONESIA." Ini sama sekali tidak benar. Sedarkah mereka yang kita serumpun. Asalnya kita dari sebuah kepulauan Nusantara yang besar. Jadi, tidak perlulah isu ini dijadikan bahan bakar kepada kebencian kerana ianya sangat logik. Pabila kita dari rumpun yang sama, tidak hairanlah yang budaya dan adat resam kita hampir serupa. Saya rasa tidak perlulah untuk berhujah dengan lebih panjang tentang isu ini. Kepada bloggers yang membaca 'entri' saya ini, silalah ke blog itu kerana terdapat satu chatbox di situ. Tegurlah mereka secara berhemah kerana pada hemat saya, di kala ketidakstabilan situasi dunia masa kini, kita sepatutnya bersatu dan saling membantu..bukannya saling membenci. Untuk melewati blog yang saya maksudkan ini, silalah klik "link" ini http://id-top.blogspot.com/

Tuesday, February 10, 2009

Maaf Salah Silap, Halal Makan Minum

Terpaksa Berhenti berblog-ging seketika. Hari itu sudah mau berhenti kerana sibuk
Tapi suasana tidak mengizinkan kerana terlalu banyak peristiwa berlaku. Peristiwa-peristiwa yang mengungkap sikap sebenar sesetengah manusia yang bertopengkan demokrasi. Kesimpulannya, kenapa yang Islam gagal lihat?

Orang cuba nk pecah belahkan kita.
Orang cuba ambik kesempatan terhadap kita
Bak kata ayah ku,
Orang kita(Islam) telalu emosional
Bodoh juga kerana sanggup diperalatkan walhal mereka tidak tahu apa yang mereka perjuangkan.
Bahaya lah sungguh juga
kerana YB Karpal cuba menimbulkan sentimen perkauman
Menghina Raja Melayu sama seperti menghina seluruh bangsa itu
Dan bangsa itu pula
Punyai pembelot, si DSAI atau Brader Anwar Bin Ibrahim
Semua punya agenda
Namun sedarlah kita dari mimpi
keluarlah kita dari ilusi
kita perlu BERSATU
Ayuh!
Agama, bangsa dan negara perlukan kita.


p/s:Maaf salah silap, halal makan minum. mungkin lama xbleh online.tak tahu sana sudah ada internet connection ke belum. Doakan saya selamat pergi dan pulang. Jumpa lagi dalam seminggu dua=).Sekian, wassalam

Wednesday, February 4, 2009

Bila UMNO main rentak PR. Tahniah BN! Welcome back Perak!

Alhamdulillah, ada juga sinaran di balik awan. Saje saya tunggu Media arus perdana keluarkan berita rasmi. Saudara MataHati Bangsa di Facebook telah pun memberitahu tentang kejayaan UMNO dan BN di Perak pagi tadi lagi. Agak puas hati sebab UMNO dan BN akhirnya mula melawan api dengan api. Hasilnya? Pakatan Rakyat Perak, you GOT SERVED!!! Apa-apapun, perjalanan masih jauh. Harapannya ialah UMNO janganlah menganggap ini sebagai kemenangan. Kukuhkan lagi kedudukan, perbaiki lagi reputasi yang telah tercalar dek sang penglipur lara PR.



Di atas merupakan hitam putih tentang apa yang berlaku.

p/s: Bagi yang tidak tahu apa yang berlaku, Perak sekarang kembali ke pangkuan Barisan Nasional setelah beberapa percaturan UMNO dan BN menjadi. Semoga kejayaan ini membuka jalan kepada kejayaan yang seterusnya, Insyallah~